dcsimg

Pemindahan Buah Pinggang

Apa itu pemindahan buah pinggang?

  • Pemindahan buah pinggang adalah pembedahan memindahkan buah pinggang sihat ke pesakit buah pinggang. Buah pinggang baru ini melakukan fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh buah pinggang anda yang telah rosak. Dialisis diperlukan sementara menunggu pemindahan dilakukan.

Sumber buah pinggang yang dipindahkan

  • Penderma yang masih hidup

    Ahli keluarga yang mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang luar juga mampu menderma jika sesuai.

  • Penderma organ

    Daripada mereka yang ingin menderma organ setelah mereka meninggal.

Di mana letaknya buah pinggang baharu?

  • Semasa pembedahan, buah pinggang baru yang sihat diletakkan di bawah otot abdomen berhampiran tulang pinggul anda. Jarang berlaku, buah pinggang yang tidak berfungsi mungkin akan dikeluarkan untuk mengawal risiko jangkitan kuman atau tekanan darah tinggi.

Bagaimana hendak menjaga buah pinggang baru saya?

  • Ambil ubat anda setiap hari
  • Selalu berjumpa Pakar/Ahli Nefrologi
  • Ikuti panduan Pakar/Ahli Nefrologi anda
  • Kawal diet anda
  • Sentiasa aktif
  • Laporkan pada doktor atau jururawat jika ada apa-apa masalah

Kelebihan:

  • Pilihan paling baik untuk memiliki buah pinggang sendiri
  • Rawatan dialisis tidak diperlukan
  • Kawalan pengambilan air dan diet yang minima
  • Mengekalkan rutin harian dengan lawatan klinik yang minima
  • Lebih sihat dan bertenaga
  • Berkerja sepenuh masa tanpa gangguan jadual dialisis

Perkara yang perlu diambil kira:

  • Keresahan menunggu penderma yang sesuai
  • Risiko yang mungkin berlaku selepas pembedahan
  • Risiko penolakan – buah pinggang baru tidak kekal lama
  • Pengambilan ubatan harian yang mungkin menimbulkan kesan sampingan
  • Mudah dijangkiti penyakit
  • Kemungkinan perubahan pada penampilan

Fakta tentang buah pinggang yang didermakan:

  • Penderma mesti seseorang yang sihat tubuh badan sepenuhnya.
  • Jenis darah pesakit dan penderma mesti berpadanan.
  • Penderma masih hidup mestilah berumur 18 tahun ke atas.

Dua sumber penderma pemindahan buah pinggang.

  • Penderma masih hidup

    Ahli keluarga biasanya mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang luar/bukan keluarga juga boleh menderma jika sesuai ( suami/isteri , kawan dan lain-lain )

  • Penderma organ

    Daripada mereka yang ingin menyumbang organ setelah meninggal.