dcsimg

Ulasan pilihan dialisis



HOSPITAL / PUSAT RAWATAN DIALISIS

Hemodialisis di Hospital (HD)

Kelebihan
  • Jururawat akan lakukan rawatan untuk anda di hospital.
  • Perlu rawatan 3 kali seminggu.
  • Tiada peralatan atau bekalan diperlukan di rumah.
  • Rawatan berkala, biasanya 3 kali seminggu.
hospital haemodialysis

Perkara yang perlu diambil kira

  • Ulang-alik ke klinik mengikut jadual 3 kali seminggu.
  • Mungkin sukar meneruskan kerja kerana jadual rawatan dialisis.
  • Ruang masuk kekal untuk darah diperlukan, biasanya pada lengan.
  • Kadang-kala kateter sementara perlu dimasukkan.
  • Kemasukan 2 jarum untuk setiap sessi rawatan.
  • Makan dan minum terbatas.

DIALISIS DI RUMAH

Peritoneal Dialisis (PD)

Kelebihan
  • Selesa dilakukan di rumah tanpa gangguan.
  • Rawatan boleh dilakukan mengikut masa yang anda rasakan sesuai.
  • Bekalan dialisis mudah dibawa dan rawatan boleh dilakukan di mana-mana.
  • Tiada jarum untuk rawatan.
  • Tidak perlu ke pusat rawatan.
  • Rawatan berterusan.
home peritoneal dialysis

Perkara yang perlu diambil kira

  • Pertukaran CAPD mesti dilakukan 4 kali sehari, 7 hari seminggu.
  • APD memerlukan mesin di bilik anda dan anda perlu lakukan dialisis setiap hari.
  • Anda perlu dilatih menggunakannya.
  • Tiub plastik perlu dimasukkan ke dalam abdomen anda.
  • Terapi di rumah memberi kesan kepada ahli keluarga/rumah anda.
  • Memerlukan ruang di rumah untuk peralatan dan bekalan.
  • Makan dan minum terbatas.

Hemodialisis di Rumah (HHD)

Kelebihan
  • Selesa dilakukan di rumah tanpa gangguan.
  • Rawatan boleh dilakukan mengikut masa yang anda rasakan sesuai.
  • Orang yang sama membantu anda lakukan rawatan.
  • Mencuci darah 5-6 kali seminggu.
home haemodialysis

Perkara yang perlu diambil kira

  • Perlu ada penjaga yang terlatih untuk membantu anda.
  • Latihan mengambil masa empat minggu atau mungkin lebih.
  • Ruang masuk kekal ke darah anda diperlukan, biasanya di lengan.
  • Kemasukan 2 jarum untuk setiap sesi rawatan.
  • Terapi di rumah memberi kesan kepada ahli keluarga/rumah anda.
  • Memerlukan ruang di rumah untuk peralatan dan bekalan.
  • Pengambilan air dan diet yang terhad.