dcsimg

Peritoneal Dialisis (PD)

Bagaimana rawatan ini dilakukan?

Semasa pembedahan kecil dilakukan di bawah bius atau anestesia, doktor akan memasukkan tiub lembut kecil ke dalam abdomen.

Kateter dan exit site (tempat di mana kateter keluar), memerlukan penjagaan harian. Kebanyakan orang dapati PD senang dipelajari dan mudah dilakukan dalam beberapa hari.

Jika anda mempunyai keraguan atau masalah, jururawat dan doktor sedia membantu anda pada bila-bila masa.

  • PD adalah rawatan berterusan, cecair lebihan dan toksin dikeluarkan secara berterusan.
  • Latihan akan diberikan oleh jururawat agar anda mampu merawat sendiri di rumah. Tempoh latihan bergantung kepada keperluan pesakit dan boleh mengambil masa 3-5 hari untuk difahami.
  • Bergantung kepada keadaan, anda mungkin akan ambil sendiri bekalan dari hospital. Namun pesakit boleh atur sendiri mengikut polisi hospital untuk bekalan dihantar ke rumah.
  • Anda perlu lawat hospital sekali setiap 1-3 bulan untuk pemeriksaan berkala dan bertemu ahli nefrologi.
  • Jika anda perlukan bantuan terapi, anda boleh dapatkan khidmat jururawat untuk bantuan.
  • Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan, pasukan jagaan boleh dihubungi menerusi telefon pada bila-bila masa. (24 jam)

Bagaimana ia berfungsi?

Terdapat 2 pilihan untuk dialisis peritoneal.

Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) Dilakukan secara manual, selalunya 4 kali sehari. Setiap tukaran mengambil masa 30-45 minit.

Automated PeritonealDialysis (APD) Ini dilakukan menggunakan mesin di waktu malam ketika anda sedang tidur.

Untuk melakukan dialisis peritoneal anda perlu ada ruang masuk ke kaviti peritoneal dengan bantuan PD kateter.



APD

Automated Peritoneal Dialisis
tonton





CAPD

Peritoneal Dialisis Ambulatori Berterusan
tonton