dcsimg

Hemodialisis (HD) Hospital / Pusat rawatan

Bagaimana ia berfungsi?

Apa yang berlaku semasa Hemodialisis?

  • Mesin dialisis mengepam darah melalui penapis (dipanggil dialyser).
  • Dua jarum dicucuk ke salur darah yang direka khas, biasanya di lengan anda untuk setiap rawatan haemodiliasis. Satu akan mengeluarkan darah; jarum satu lagi pula mengembalikan darah yang telah ditapis ke dalam tubuh anda.

Bagaimana darah dibawa dan diganti?

  • Salur darah vena pusat (central venous access) diperolehi semasa tiub kecil lembut (dipanggil kateter) diletakkan ke urat besar leher, lengan atau pangkal peha. Ini memberi laluan atau kemasukan aliran darah sementara.
  • 'Fistula' atau pembedahan mengaitkan salur darah arteri kepada vena untuk memberi ruang masuk kekal ke pembuluh darah.
  • 'Graft' atau hibrid cantuman pula adalah pembedahan meletakkan tiub di bawah kulit, mengaitkan arteri kepada vena. Ini satu lagi jenis ruang masuk kekal ke pembuluh darah.

Untuk melakukan Hemodialisis, anda perlu laluan ke saluran darah

Untuk membuat ruang masuk mendapatkan darah anda, pakar bedah akan melakukan pembedahan menguatkan urat atau memasukkan tiub lembut pada lengan atau peha anda.

Jika boleh, pakar bedah akan mencantum urat dan arteri bersama untuk membentuk ‘fistula’. Ini jenis kemasukan yang terbaik. Jika urat anda kecil atau lemah, pakar bedah akan memasukkan ‘graft’. Ia seperti tiub lembut bersambung kepada arteri pada satu hujung dan urat di hujung satu lagi. Darah akan melalu graft ini.

Kedua-dua fistula dan graft berada di bawah kulit. Pembedahan meletak ruang masuk ini dilakukan di hospital. Ruang masuk kekal ini akan mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh.

Jika anda perlukan dialisis sebelum proses ruang masuk kekal dilakukan, doktor akan melakukan ruang masuk sementara. Ini dilakukan dengan memasukkan tiub khas dipanggil ‘HD kateter’, ke dalam pembuluh darah utama pada leher atau pangkal peha anda.