dcsimg

Sekiranya anda memilih dialisis, apakah pilihan anda?


peritoneal dialysis

DI RUMAH
Peritoneal Dialisis (PD)

Sepasukan pakar akan menjaga dan memberi anda maklumat dan latihan yang diperlukan bagi memastikan anda mampu merawat diri anda dengan selamat di rumah.

  • Anda boleh memastikan kaedah rawatan yang bersesuaian dengan gaya hidup dan persekitaran rumah anda. Anda juga boleh melakukan rawatan PD di waktu malam dengan menggunakan mesin automatik. Ini memberi anda kebebasan di waktu siang.
  • Anda akan ke hospital setiap 1-3 bulan untuk berjumpa pakar nefrologi.

Hemodialisis di Rumah (HHD)

Hemodialisis di Rumah memberi anda kebebasan dari jadual rawatan di pusat rawatan dialisis kerana ia dilakukan di rumah.

  • Anda perlu ada mesin dan bekalan berkaitan di rumah
  • Anda perlu ada komitmen tinggi daripada penjaga anda yang perlu hadir ketika sesi rawatan hemodialisis di rumah.
haemodialysis

HOSPITAL / PUSAT RAWATAN
Hemodialisis (HD)

Sepasukan pakar ada ketika sesi rawatan

  • Jadual telah ditetapkan
  • Anda akan bertemu pesakit lain
  • Anda perlu pengangkutan ke hospital 3 kali seminggu