dcsimg

Rawatan perubatan konservatif


Bagi sesetengah pesakit, dialisis mungkin tidak dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka - seringkali kerana masalah kesihatan lain yang serius selain dari kegagalan buah pinggang.

Oleh yang demikian, ada sesetengah orang mengambil keputusan ENGGAN membuat dialisis. Ini hal yang sangat penting dan perlu dibincangkan dengan doktor dan orang yang anda sayang.

Pasukan penjagaan kesihatan akan memberi sokongan kepada anda dan yang tersayang sementara anda membuat keputusan itu. Kadang-kala ia tidak jelas sama ada kelebihan dialisis akan dapat mengatasi beban melakukan dialisis itu sendiri. Dengan ini, digalakkan Cuba dahulu dialisis sebagai percubaan dan fikirkan keputusan muktamad selepas itu.

Tidak menjalani dialisis boleh membawa maut.

Ini berbeza mengikut kemampuan seseorang itu. Pesakit buah pinggang mungkin dapat hidup sehari atau beberapa minggu atau bulan tanpa dialisis. Ini bergantung kepada keadaan kesihatan serta jumlah daya fungsi buah pinggang mereka yang masih ada.

Pasukan penjagaan kesihatan akan sentiasa berkerjasama dengan anda untuk merawat anda.

kidney disease conservative medical treatment

Antara gejala yang mungkin anda alami adalah:

  • Rasa penat dan pening merupakan petanda utama. Rasa sakit dan mengalami ketidakselesaan mungkin akan menjadi masalah namun boleh dikawal melalui diet dan ubatan jika perlu.
  • Masalah lebihan cecair juga masalah yang kerap berlaku namun ia boleh dikawal dengan ubatan dan pengambilan garam yang betul.