Resipi disumbangkan oleh: Cik Noor Zarirah Bt Jusoh (Pegawai Dietetik, Hospital Tuanku Ja’afar)
Saiz hidangan: 4
Bahan masakan:
a) 180g. / 6 oz. sagu mutiara
Sos:
b) 150 ml susu rendah lemak
c) secubit garam
Sirap:
d) 60 g. / 2 oz. / 2 sudu besar cincangan gula Melaka
e) 60 g. / 2 oz. / 2 sudu besar gula
f) 2 helai daun pandan – diikat simpul
g) 70 ml / 1/8 pt air
* Untuk pesakit buah pinggang kronik (CKD) yang juga menghidap penyakit kencing manis, sila gantikan gula Melaka dan gula (d & e) dengan 1 ketul pemanis tiruan (contohnya Equal atau Stevia).
Cara memasak:
Memasak sagu mutiara:
1) Basuh dan rendam sagu mutiara selama 15 minit. Toskan.
2) Jerang air dalam periuk.
3) Apabila air mendidih, masukkan sagu mutiara. Kacau hingga sagu menjadi bening dan lutsinar.
4) Tuangkan sagu mutiara ke dalam penapis dan cuci di bawah air mengalir bagi menghilangkan kanji lebihan.
5) Tuangkan sagu mutiara ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Memasak sirap:
1) Jerang gula dan gula Melaka dalam air hingga gula cair.
2) Masukkan daun pandan dan reneh selama 3 minit.
3) Tapis sirap ke dalam pinggan sos atau bekas yang sesuai.
4) Aduk susu rendah lemak dengan garam dan tapis ke dalam pinggan sos atau bekas yang sesuai.
5) Keluarkan puding sagu dari acuan.
6) Siram dengan sirap dan susu rendah lemak secara berasingan, hidangkan.
Analisis Nutrien
Unit
Kalori
92.5 kcal
Karbohidrat
9.4 g
Gula
9.4 g
Protein
2.0 g
Lemak
1.5 g
Natrium
26.4 mg
Resipi disumbangkan oleh: Cik Noor Zarirah Bt Jusoh (Pegawai Dietetik, Hospital Tuanku Ja’afar)