dcsimg

Ayam Bersos Lemon

lemon-chicken Resipi disumbangkan oleh: En. Jayvikramjit Singh (Pakar pemakanan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah)
Bahan masakan:
a) 80g ayam (bahagian dada) dibuang kulit

Sos:
b) 1 biji lemon (diperah airnya)
c) 4 ulas bawang putih (dihiris)
d) 1 biji cili merah (dihiris)
e) 2 Tbsp madu
f) Tepung jagung 1 sudu makan
g) Air ½ cawan
h) Mentega 1 sudu makan

Bahan perap:
i) Garam ¼ sudu kecil
j) Lada hitam ¼ sudu kecil
k) 1 sudu makan minyak kelapa sawit

Cara penyediaan:
1) Perapkan ayam dengan bahan perap selama 30 minit.
2) Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 150°C, selama 30 minit, atau sehingga masak.
3) Untuk sos lemon, dicairkan sedikit mentega. Tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga kekuningan.
4) Masukan air, madu dan garam dalam periuk, diikuti dengan bahan sos lemon yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dan panaskan sehingga mendidih.
5) Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos menjadi pekat.
6) Tuangkan sos di atas ayam semasa menghidang.
7) Bersedia untuk menghidang.

Analisis Nutrien Unit
Kalori 320 kcal/d
Protein 14.7 g/d
Lemak 6 g
Karbohidrat 51 g
Fiber 1.2 g
Sodium 520 g
Potasium 389 mg
Fosfat 190 mg

Resipi disumbangkan oleh: En. Jayvikramjit Singh (Pakar pemakanan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah)