dcsimg

Ayam Lada Hitam

black-pepper-chicken Resipi disumbangkan oleh: Lau Wai Pooi (Pegawai Dietetik: Pusat Perubatan Universiti Malaya)
Saiz hidangan: 3

Bahan masakan:
a) 3 ketul paha ayam, setiap satu 100g
b) 1 biji bawang merah
c) 1 biji lada benggala hijau
d) 2 sudu kecil kicap
e) 1 sudu kecil lada hitam yang baru dikisar
f) ¼ sudu kecil gula
g) 1 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
1. Buang kulit paha ayam dan potong kepada bahagian yang lebih kecil.
2. Hiris nipis bawang merah dan lada benggala hijau.
3. Perap ayam menggunakan 1 sudu kecil kicap selama sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Panaskan kuali yang tak melekat dan masukkan minyak masak.
5. Apabila minyak sudah panas, masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga naik bau, disusuli dengan lada benggala dan lada hitam. Goreng selama 1 minit dan masukkan paha ayam. Teruskan menggoreng sehingga ayam masak.
6. Tambahkan kicap dan gula, dan goreng hingga bawang keperangan.
7. Hidangkan panas-panas.

Analisis Nutrien: Unit
Kalori 179 kcal
Protein 20.7 g
Lemak 8.5 g
Karbohidrat 4.6 g
Kolesterol 80 mg
Natrium 319 mg
Kalium 369 mg
Fosforus 20 mg
Kalsium 23 mg
Sumber: Nutritionist Pro software

Resipi disumbangkan oleh: Lau Wai Pooi (Pegawai Dietetik: Pusat Perubatan Universiti Malaya)