dcsimg

Terdapat berapa jenis kegagalan buah pinggang?

Secara umumnya orang merujuk kepada DUA jenis kegagalan buah pinggang:

Penyakit Renal Akut (ARD)

Kehilangan fungsi buah pinggang secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh penyakit, kecederaan atau toksin. Banyak kes-kes ARD boleh dirawat dan kembali kepada normal.

Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD)

CKD adalah bentuk biasa kegagalan buah pinggang. Ini adalah apabila buah pinggang secara beransur-ansur kehilangan fungsi dan ini berlaku selama bertahun-tahun. Terdapat kerosakan yang kekal dan tidak boleh diubah, kerana struktur buah pinggang utama telah rosak. Antara punca-punca kegagalan buah pinggang kronik adalah penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi yang tidak dirawat, radang, keturunan, jangkitan kronik dan penyumbatan buah pinggang.

Peringkat Penyakit Buah Pinggang Kronik
Peringkat Penerangan GFR (mL/min/1.73 m2)
1 Kerosakan buah pinggang dengan normal atau ↑ GFR ≥90
2 Kerosakan buah pinggang yang ringan ↓ GFR 60-89
3 Sederhana ↓ GFR 30-59
4 Teruk ↓ GFR 15-29
5 Kegagalan buah pinggang <15 (atau memerlukan dialisis)

Penyakit buah pinggang kronik ditakrifkan sebagai sama ada kerosakan buah pinggang atau GFR < 60 mL/min/1.73 m2 for ≥ 3 bulan. Kerosakan buah pinggang ditakrifkan sebagai keabnormalan patologis atau penanda kerosakan, termasuk keabnormalan dalam darah atau ujian air kencing atau kajian pengimejan.

Sumber : Panduan NKF KDOQI