dcsimg

Pemindahan Buah Pinggang

  • Bilangan pesakit penerima buah pinggang baru menunjukkan peningkatan dari 172 pemindahan setahun pada tahun 2002 telah meningkat ke 192 pemindahan pada tahun 2004.
  • Namun, dari tahun 2004 dan seterusnya, bilangan pemindahan baru terus menurun ke 81 pada tahun 2014. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan jumlah pemindahan komersial yang dilakukan di luar negara.
  • Umur penerima masih tidak berubah iaitu dalam lingkungan 35 hinga 40 tahun. Antara 57% dan 70% penerima adalah lelaki sejak 10 tahun lepas.


  • freedom to live with peritoneal dialysis

    Tahukan anda?

    Sumbangan pemindahan buah pinggang kadaver menunjukkan peningkatan mendadak dari 10 penerima pada tahun 2005 kepada 34 penerima pada tahun 2014. Terdapat lebih pemindahan buah pinggang tempatan (87%) berbanding dengan pemindahan komersial di luar negara (13%).
  • Jumlah pemindahan komersial telah menurun secara mendadak iaitu pada tahun 2005 sebanyak 70% ke 8% pada tahun 2013 and meningkat ke 13% pada tahun 2014. Ini disebabkan oleh penurunan pemindahan cadaver secara komersial (63% pada tahun 2005 dan 1% pada tahun 2014) yang telah dihadkan oleh Kementerian Kesihatan China melalui akta pemindahan organ kadaver.
  • Penderma pemindahan organ hidup merangkumi 42% daripada jumlah pemindahan buah pinggan (32 penerima) pada tahun 2014, iaitu penurunan daripada 68% (63 penerima) pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, bilangan penderma hidup masih rendah.
  • Sumbangan kadaver tempatan merangkumi 29% dari jumlah pemindahan (35 penerima) pada tahun 2010 dan menunjukkan peningkatan kepada 33% (40 penerima) pada tahun 2011. Pada tahun 2007 menandakan kali pertama rekod tinggi di mana lebih pemindahan tempatan (55%) berlaku berbanding pemindahan luar negara (45%).