dcsimg

Soalan Sering Ditanya


Bila sepatutnya dialisis bermula?

Disarankan anda mulakan dialisis sebelum anda mula mendapat tanda-tanda kerumitan dari penyakit buah pinggang. Ahli nefrologi anda akan menasihatkan anda.

Bolehkah keperluan dialisis ditangguh?

Jika mereka yang mempunyai Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) dan belum mengalami Kegagalan Renal Tahap Akhir (ESRF), keperluan dialisis mungkin boleh ditangguh melalui kawalan tekanan darah, pemakanan melalui diet dan pengambilan ubat yang disyorkan oleh doktor.

Adakah dialisis atau pemindahan buah pinggang dapat menyelesaikan masalah saya?

Dialisis mahupun pemindahan buah pinggang tidak dapat pulihkan sepenuhnya Penyakit Buah Pinggang Kronik anda, namun rawatan itu adalah cara berkesan untuk menjadikan anda lebih baik serta memanjangkan hayat anda.

Di mana dialisis dilakukan?

Dialisis dapat dilakukan di rumah atau hospital. Di rumah anda boleh pilih antara hemodialisis (HD), atau dialisis peritoneal (DP). Rawatan HD di hospital perlu dilakukan 3 kali seminggu.

Rawatan manakah yang terbaik? Hemodialisis atau Peritoneal Dialisis?

Kedua-duanya adalah berkesan. Hemodialisis biasanya dilakukan dalam tiga sesi singkat selama 3-5 jam setiap kali rawatan, 3 kali seminggu. PD lebih ringkas serta mudah dan perlu dilakukan setiap hari. Pesakit juga boleh jalani lebih dari satu kaedah rawatan semasa hayat penyakit buah pinggang mereka.

Apa yang saya perlukan untuk menjaga diri saya?

Pelajari sebanyak mungkin mengenai rawatan anda. Jika anda fahami kelebihan dengan mengikut kawalan pemakanan, pengambilan ubat dan menjalani rawatan dialisis seperti yang disarankan, anda akan rasa terkawal dan yakin mengimbangi gaya kehidupan baru, terutama selepas anda mengikuti rutin rawatan setelah beberapa ketika. Ia juga penting untuk anda kembali ke kehidupan anda yang asal sebanyak mungkin. Kembali ke rutin asal akan membuat anda rasa hidup seperti sedia kala.