dcsimg

Polisi Privasi

Baxter Healthcare Corporation (‘Baxter’) memahami betapa pentingnya peranan kami dalam melindungi maklumat peribadi anda. Kami komited untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda dengan penuh tanggungjawab. Kami akan cuba sedaya upaya untuk bersikap telus dan terbuka semasa mengendalikan maklumat peribadi anda. Kami akan mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat diri anda bagi tujuan-tujuan seperti berikut:

  • Untuk membina dan mengekalkan hubungan dengan anda
  • Untuk menghantar bahan-bahan pembelajaran dan makluman seperti surat berita dan mel lain berkenaan pilihan rawatan, termasuk kaunseling pemakanan peribadi
  • Untuk memaklumkan anda mengenai acara-acara yang akan diadakan seperti sesi pendidikan mengenai pilihan rawatan untuk penyakit buah pinggang
  • Sebarang tujuan lain yang berkaitan

Pautan ke laman web lain

Pautan ke laman web lain juga disediakan sebagai sumber rujukan untuk anda. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh menjamin integriti atau standard pautan tersebut. Jika anda keluar dari laman web freedomtolive.com dan memasuki laman web pihak ketiga, sebarang maklumat yang anda dedahkan dalam laman web pihak ketiga tidak akan tertakluk kepada polisi privasi ini.

Maklumat peribadi yang kami kumpul

Maklumat yang kami kumpulkan lazimnya melibatkan nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan umur anda. Maklumat yang perlu diisi akan ditandakan dengan asterik*. Pemberian sebarang maklumat lain adalah atas budi bicara anda.

Apabila anda melayari freedomtolive.com, suatu fail kecil ("kuki") akan dipindahkan ke perkakasan komputer anda. "Kuki" merupakan amalan internet standard yang digunakan di seluruh Jaringan Sejagat sebagai cara untuk merekodkan bilangan pengunjung ke sesuatu laman web. Maklumat ini membolehkan kami menganalisis kepopularan sesuatu laman web agar kami dapat menjalankan penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang kurang popular itu kelak. Kuki yang dijanakan tidak mengandungi sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda atau komputer anda, dan hanya digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas.

Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Baxter sama sekali tidak akan memberikan maklumat yang dikumpulkan dalam laman web freedomtolive.com kepada mana-mana pihak luar. Kami juga tidak akan menjual nama dan butiran diri anda. Kami mungkin akan memberikan maklumat kepada pihak ketiga mengenai bilangan ahli yang berdaftar dengan laman web ini. Walau bagaimanapun, dalam semua kes, kami tidak akan memberikan sebarang maklumat yang boleh mengenalpasti anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis anda yang terdahulu, melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau proses perundangan.