dcsimg

Tentang Freedom to Live


freedom to live with peritoneal dialysis

Inisiatif Freedom to Live ini bermula pada 21 Februari 2006. Daya usaha ini merupakan komitmen untuk memberi kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia yang menghidap penyakit buah pinggang. Di Malaysia, lebih dari 5,000 orang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir setiap tahun yang merangkumi sekitar 182 orang bagi setiap juta setiap tahun.

Inisiatif yang bertemakan ‘Kebebasan untuk Hidup” menekankan kehendak mereka yang berpenyakit buah pinggang untuk lebih sedar dan berpengetahuan tentang rawatan pilihan mereka dan juga menyedarkan mereka yang berisiko mendapat sakit buah pinggang dari hasil gaya hidup yang tidak sihat atau penyakit kronik yang lain.

Kami mengalukan pencarian anda ke laman web “Kebebasan untuk Hidup”yang berwajah baru. Laman web ini mensasarkan dan menawarkan pendidikan serta maklumat kesihatan secara interaktif dan menjadikan pengalaman hidup anda lebih sempurna. Kempen “Kebebasan untuk Hidup” yang kini telah berada pada tahun keenam menggunakan sepenuhnya aktiviti percetakan dan penyiaran untuk menyebarkan maklumat tentang penyakit buah pinggang, rawatan dan kaedah pencegahan untuk pesakit, mereka yang berisiko dan juga kepada penjaga dan keluarga serta kakitangan perubatan.

“Kami berdedikasi untuk memperbaiki mutu kehidupan pesakit buah pinggang dan usaha kami ini hanya merupakan salah satu aspek komitmen terhadap penyedaran dan pemahaman penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang serta akibatnya di kalangan pesakit dan orang awam,” terang Ifthekar Ahmed, Pengurus Besar, Baxter Malaysia.
freedom to live with peritoneal dialysis
Tambah beliau, “Kempen kebebasan untuk hidup memberi kepentingan dalam menerangkan kepada umum bahawa dengan rawatan yang sesuai dan pengurusan yang baik, mereka yang berpenyakit buah pinggang juga mampu hidup bebas dan aktif.”
freedom to live with peritoneal dialysis

Kebebasan untuk hidup adalah kempen pendidikan untuk pesakit dan orang awam. Program ini disasarkan kepada pesakit yang berada pada tahap awal penyakit buah pinggang, mereka yang berisiko menghidapinya, penjaga, ahli keluarga serta kakitangan perubatan. Objektif utamanya adalah:

  • Supaya pesakit dan orang ramai lebih memahami penyakit buah pinggang dan kesannya
  • Mendidik orang awam tentang pencegahan dan melambatkan proses penyakit buah pinggang
  • Memaklumkan kedua belah pihak pesakit dan orang ramai terdapat pilihan rawatan dengan kawalan berkesan untuk penyakit ini
  • Menggalakkan mereka yang berpenyakit buah pinggang, dengan pengurusan diri dan rawatan yang betul membolehkan mereka hidup aktif dan produktif