dcsimg

Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang


Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang merupakan usaha sama lima ahli nefrologi yang berada di dalam pelbagai bidang nefrologi. Panel ini terdiri daripada:-

  • Dato Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
  • Dr Goh Bak Leong
  • Dr Wan Jazilah bt Wan Ismail
  • Dr Sunita Bavanandan
  • Dr Lily Mushahar

Objektif

Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang mensasarkan untuk terus mendidik orang awam dan pesakit buah pinggang tentang masalah berkaitan penyakit yang semakin menular ini. Khususnya:

  • Memberi kesedaran tentang betapa seriusnya penyakit buah pinggang
  • Menekankan betapa penting untuk menguji mereka yang berisiko tinggi
  • Menerangkan terdapatnya pilihan rawatan untuk mengelak atau melambatkan proses kegagalan buah pinggang.

Inisiatif Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang

Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang berharap untuk menyemarakkan semua peringkat masyarakat (pesakit buah pinggang, mereka yang berisiko menghidapinya, penjaga mereka, ahli keluarga, media, serta orang ramai) untuk menekankan bahawa semua orang berperanan untuk menyebar kesedaran peningkatan jumlah pesakit buah pinggang di negara ini. Panel akan menggunakan kaedah gabungan digital, percetakan dan penyiaran untuk menyebarkan maklumat tentang penyakit buah pinggang, cara rawatan dan pencegahan melalui:

  • Rencana pendidikan
  • Testimoni pesakit
  • Wawancara dan temuramah
  • Laman web Kebebasan Kehidupan (www.freedomtolive.com.my)
  • Bengkel wartawan